Diary About Stuff Link
A U R E L I E
Cara belajar yang berkesan :)

Monday, August 12 @ 1:04 PM | 0 Comment [s]

ok sekarang nie aku nak kongsi cara aku belajar dengan korang . diharap semua dapat menumpukan perhatian dengan semolek-moleknya. Aku takde lah pandai sangat, tapi boleh kira ok lah dalam ranking batch form 4 tue. And by the way, cara-cara ini mungkin hanya berkesan buat certain people but I'm just trying to help ok?

1. Tidur yang cukup
ehem...yang ini memang kena lar no 1 sebab aku memang terkenal dengan suka tidur dalam kelas hewhew tapi jangan tiru ekk adik-adik,kakak-kakak, sebab apa? sebab 70% kefahaman kita bermula dari dalam kelas . Sekiranya adik-adik,kakak-kakak,abang-abang yang sedang baca blog aku ni, seorang yang teramat lah aktif sampai dalam tidoq pun boleh berlari lagi, ataupun busy mengalahkan menteri, satu pesanan aku : please lah jangan tidur dalam kelas . Oleh itu, untuk mengelakkan mengantuk ini, aku dah mind set dahh...pukul 12 kena lena dibuai mimpi dah . Kalau aku tidur lebih dari pukul 12, alamatnya esok tersengguk-sengguk lah dalam kelas . tidur pukul 12, bangun pukul 6.30 . 6 jam setengah dah cukup buat remaja macam aku(13-21 tahun). Kalau tak boleh tidoq? baca buku kamus ke, ilmiah ke, buku yang high level punya punya sastera ke, confirm tidoq. Haha~

2.Fokus dalam kelas
Yang nie actually ada kaitan dengan yang first tadi tapi nevermind lah . Okay, fokus dalam kelas . Ya, aku tahu memang susah nak buat walaupun senang nak cakap . But, try at least . Usahakan agar kita boleh fokus . I mean kenapa kalau kita baca satu novel nie, sekali jer, kita dah boleh ingat hero tu jadi apa, heroin tu nama apa, sampaikan event-event,ayat demi ayat kita hafal but untuk study kita tak boleh buat benda yang sama? answer : Teacher Aminah cakap, kita tak boleh lah nak baca kimia, fizik, biologi kerr macam kita baca novel sebab novel nie sentiasa ada persoalannya . I mean lepas satu event nie, cakap-cakap-cakap, berhenti situ . Kita mesti lah nak tahu seterusnya kan? and benda tu cerita . SO senanglah kita nak imagine, termenung kalau lah aku jadi heroin/hero tu, alangkah bestnye. Macam korek telinga jerr rasanya...hahaXD tapi kalau kimia,fizik,bio ko nak termenung pasal apa? termenung pasal sel? pasal prinsip Pascal? pasal Avogadro Constant? haha,mengarut . Disebabkan kita tak boleh nak bayang benda tu, gunakan imaginasi . Guna mind map . Kalau boleh, experienced it by yourself. Faham kenapa benda tu boleh jadi macam tu. ini aku sertakan link untuk membuat eksperimen2 yang menarik untuk dicuba dan try korek ape rahsia dia jadi macam tu :) and then ada beberapa link yang memberi idea untuk kamu nak try buat apa untuk menjahanamkan dapur ma kita :D



3.Nota berwarna-warni
sesape yang dah memang suka kaler2 kertas tue, teruskan :) ini adalah bagi pelajar pasif yang lebih menekankan warna hitam putih atas kertas anda. C'mon lah kawan, zaman dah berubah ok . Otak kita dah tak boleh hidup dah hitam putih nie. Hitam putih zaman dulu, tyme tv masih yang besar kotak tu. Change your note . Use more colour. Tau tak, kaler2 yang terang nie boleh menimbulkan semangat dalam diri kita? ini kerana pigmen2 warna nie dia boleh meransang otak kita untuk terus aktif sebab kita telah guna dua2 bahagian otak kita, kiri dan kanan .

4.Persekitaran yang 'luarbiasa' senyap
Honestly, aku tak suka belajar depan orang ramai . Disebabkan aku nie dianugerahkan dengan mulut yang boleh tahan murainya, aku tak boleh tengok orang. Kalau aku nampak orang, rasa nak bercakap jer. Oleh itu, bagi aku larr, tak tau larr orang lain dekat luar sana tu . Aku akan cari tempat yang terpencil untuk study . Disitu larr semua ilmu akan zuppp meresap masuk dalam otak macam span. Nak dijadikan cerita, maybe ada antara kita nie yang lebih suka buat study group . Actually, nak buat study group nie, aku memang lemah arr . Kalau buat study group, mesti xjadi . Sebab apa? iklan lebih dari belajar . Bukan nak suruh jangan buat study group, tapi mesti pandai arrange larr supaya motif asal x tersasar . sambung tadi, pemandangan indah kan? ok, Lebih bagus kalau dihidangkan dengan pemandangan hijau yang segar . Haha~ tengok gambar dekat bawah, and then tutup mata. Senang kan nak recall balik semua ayat2 dekat blog nie?

5.Bertanya
ini juga salah satu cara belajar yang berkesan . kalau boleh, tanya dengan cikgu. kalau dah segan sangat, tanya kawan yang lebih arif lagi bijaksana. Pastikan kawan kita itu juga penerang yang baik . Kalau setakat dia terang bodoh2 gitu jerr, nanti kita pun faham bodoh2 juga . Faham tu bukan untuk soalan tu jerr, tapi biarlah boleh jawab soalan itu walaupun sudah diputarbelitkan . Senang jerr nak tanya tue. Gi tempat kawan kita tue, kalau dia tak nak ajar, jangan bash dekat Twitter pula . sindir halus2 jerr, "kedekut ilmu nie, x lama dahh..." kalau dia terasa, nasib lah. Kalau dia buat derk jerr, minta ajar dengan orang lain. Macam lah dia seorang pandai hahaXD 

6.Pemakanan
Actually malas nak sentuh bab2 pemakanan nie sebab apa? sebab aku pun bukannya healthy eater sangat . Dah lah xmakan sayur, xmakan nie, xmakan tue. K, cancel topik nie. *strikethrough*

7.Betulkan niat
bagi semua student di situ, inilah yang penting sekali. Kita study nie nak enjoy. bukannya nak dera mental kita berfikir saja. Ada orang yang study hanya untuk exam. Lepas exam, jadi macam let the gone be bygone pulak . Bagi aku larr, kita study nie sebab kita nak tahu tau . Kita bukannya belajar untuk sekolah kita yang setiap tahun marah kenapa result down, kenapa nie,kenapa tue. Kita juga bukan belajar untuk mama kita yang selalu berleter kenapa result macam nie, macam tue. Kita belajar untuk kita, sebab kita nak tahu dan kita suka benda tu. Bagi yang dah pasang niat untuk dapat 8A/7A dalam PMR, sila betulkan . Anda xmahu 8A, anda mahu berjaya !! asalkan berjaya, sudah cukup . same goes to those yang ambil SPM. A+ tu penting tapi apa yang penting sekarang kita mahu berjaya !! berjaya dalam perang kita *acece macam ayat Dr.Tuah pulak* . K? ingat tu, jangan study tuk exam, tapi study sebab kita yang nak tau . We need those knowledge .

8.Stay up
OK ini bukan satu tips, just untuk note jerr . Stay up aku rasa semua orang pernah buat kan? especially yang budak2 asrama macam aku nie, dekat2 exam mula lah nak stay up sampai pukul 2-3 pagi . Aku kalau nak stay up, boleh tapi bersyarat ekk . Stay up sampai mampu jer. Maksud aku, time stay up tu, kalau dah memang tak boleh masuk dah, tido jer lah. Takde guna stay up kalau tak masuk apa-apa. TAPI, hehh ada tapi juga . Jangan stay up masa musim exam . Sebab apa? takut black out. Tau black out apa? black out nie bila otak kita tido, tapi badan kita masih lagi boleh berfungsi . Bayangkan, dah belajar habis dah malam tu, pagi besok dekat dewan exam, x boleh nak recall balik semua yang kita dah belajar . Itu lah blackout . Especially masa exam BM atau BI . Habis hilang semua grammar, past tense, tense2 yang kita belajar . Ataupun tak boleh fikir dah nak tulis apa . So mesti kita xmau kan benda tu terjadi? then elakkan .

ok, sebenarnya ada lagi tapi jari pun dah lenguh menaip nie. Nak off juga, lama x off, kesian dekat lappy kitew . Haha~ tapi yeahh, memang aku ikut semua tip2 nie dan setakat nie masih lagi berjaya . Kalau nak minta tip lagi, comment lar. Aku sudi membalasnya malah mengajar lagi. Hoho~ cara pembelajaran aku nie lebih kepada 'study smart' sebab aku tak suka lah study yang berat2 sangat nie. Menghadap buku 24jam7hariseminggu . That's not my style k? aku suka yang rilekk jer. Yang boleh buat aku ada banyak free time nak update blog nie haha .


Labels: , ,


Post a Comment


Older Post | Newer Post

Guestbook
I supposed to have more free time *sigh*

STRICTLY AD IS NOT ALLOWED.

SPAMMER is PROHIBITED.

only leave nice words please .



History
  • Rasyidah in da house !
  • Suggestion ?
  • mengejar bayangan :) 3-1 Malaysia vs Barcelona
  • Header for Najwaa :)
  • MAS Airline terbaekkk !
  • National Science Challenge :)
  • le 50 facts about me
  • sweet 16th
  • Imperfect me
  • KOT 2013 :)

  • Tabung Kemanusiaan
    tekan jangan tak tekan ! sumbangan bakti kepada pemilik belog :)


    Credit

    Template by : Aurealia
    Thanks to : Wanaseoby
    Images : Tumblr

    Best View at GOOGLE CHROME!